Monday, March 9, 2015

Empty day .

Assalamualaikum .

Hai peeps ! *type entry sambil dengar lagu acoustic patah seribu*


Okay, hari ni nak cerita aku rasa kosong sangat. I dont know why. Tetiba rasa macam forever alone. Dari pagi sampai ke malam aku rasa mood hari ni macam so so je. Biasa lettew kan, sometimes kita akan rasa macam tak nak cakap dengan sesapa pun. Just leave me alone. Haa macam tuu. Tapi tulaa even kau tak da mood nak cakap dengan orang pun jangan sampai buat muka kan. Note to myself actually. Hee. Tapi aku tak buat muka pun, just be silent for a while. 

Hari ni aku rasa macam macam nak fikir. Sampaikan tak tahu nak fikir yang mana satu. At the end, Im a bit stress for sudden. Eee.. Tak senonoh kan perangai, tiba tiba je kau nak stress, pesal ?? *slap myself*. Tulaa, sebelum ni asyik gelak ketawa je, hamik kau sekali stress kalah perdana menteri. Perdana menteri pun tak stress macam kau. Hahaha.  

Aku ni jenis bila tak da mood nak buat keje, aku akan mintak some encouragement from someone. Tak kisah laa siapa dia orang tuu. Konon nya nak motivate diri sendiri laa kan. Thats my style. Hari ni konon nya nak mintak encouragement from him laa. Skali lain yang dia cakap daa. Awak, saya mintak kata kata semangat je dekat awak. Huhu. A bit sad actually. Mungkin dia tak nak aku too childish sangat kowt. Positive thinking.Tapi tapalaa, I can handle myself. Kau kena berdikari laa weyh, jangan asyik nak depend dengan orang je. Trust yourself ! *pujuk diri sendiri*. Thats all I think. 

xoxo by nina :)

Sunday, March 8, 2015

Keterujaan melampau .

Assalamualaikum readers . 

Hai peeps ! 

Okay entry kali ni nak cerita pasal keterujaan melampau apabila ... Eceh ! Apabila gitu , kau hado ? hehe . Okay back to the point, apabila aku suka tersangat sangat sangat bila tengok flight landing. Tengok laa berapa kali pun aku tak jemu. Aku pun tak tahu kenapa aku obsess  sangat bila tengok flight landing. Teruja dia sampai macam orang gila meroyan. Orang yang gila meroyan pun tak macam tuu. Kekadang terasa macam kapal terbang tuu nak landing atas kepala aku. Hahaha. Sejak duduk Kuala Terengganu ni and dekat plak dengan Sultan Mahmud Airport, banyak kali jugak sempat tengok flight landing. Pernah sekali tuu, aku keluar dengan kawan baik aku Iza and her boyfriend laa. Pastu kebetulan masa kiteorang lalu tuu ad flight landing, terjerit jerit aku dengan Iza macam kena sampuk. Sampaikan si boyfriend Iza ni terkezut kau tengah drive kereta tetiba mak mak meroyan ni menjerit. Hahaha. Nampak tak keserasian aku dengan kawan aku tuu. Hehhe. Pastu pagi tadi pergi hantar kawan aku nak pergi camping, kebetulan lagi nampak flight landing. Suka kemaen lagi aku atas motor tuu. Rasa nak turun dari motor pergi kejar kapal terbang tuu. *ayat hyperbola* . Hahaha. 

Anyway, fyi aku tak pernah naik flight lagi. Itu mungkin salah satu sebab kenapa aku teruja sangat kowt bila tengok flight landing. Hehhe. Takpalaa. Maybe one day aku akan naik flight jugak. Just wait and see. Hee. Rasanya cukup laa aku melalut setakat ni. Hehhe. Eh, before I say goodbye, hari ni cukup setahun MH370 hilang. Setahun dah kan. Kejap je masa berlalu. Aku rasa macam baru semalam MH370 hilang. Btway takziah bagi semua waris passengers and cabin crews. Semoga mereka tenang di sana. Aminn. Okay thats all guys . kbyee !

xoxo by nina :)

Source from Google Image :)

Wednesday, March 4, 2015

Rezeki dia .

Assalamualaikum korang . Hee *senyum sambil kenyit mata

Entry kali ni nak cerita pasal rezeki orang lain dalam rezeki kita . Benda ni pada mulanya aku baca je dalam satu artikel ni. Dalam artikel tu akak tuu cerita, dia nak isi minyak kereta dia, then biasanya dia akan isi RM50 macam laa . Nak dijadikan cerita masa akak tu tengah isi minyak tank kereta dia da penuh. Ada laa lebih lagi dalam RM3 or RM4 camtu . Pastu akak tu cakap takkan laa dia nak pergi ambil balik balance dekat kaunter. Macam tak berbaloi je katanya laa. Pastu dia pun tunggu laa kowt2 ada motor ke yang nak isi minyak, so dia bagi laa lebihan minyak yang dia isi tadi tuu. Tunggu dok tunggu, kemudian datanglaa seorang mamat ni dengan motornya . Nak isi minyak lettew takkan laa nak makan nasik minyak plak kan. Hehhe . Okay back to the point, pastu akak tu pun bagi laa lebihan minyak tu dekat mamat tu. Mamat tuu pun tersangat laa terima kasih dekat akak tuu. Then mamat tu cakap laa, sebenarnya dia ada beberapa ringgit je dekat tangan. Disebabkan minyak motor dia nak habis, dia terpaksa laa kena korbankan duit tu nak isi minyak. Tapi Allah tolong dia bila Allah lebihkan minyak akak yang tadi tuu untuk isi dekat motor si mamat ni. Harrr , nampak tak kat situ. Ke korang blur lagi. Ke aku yang syok sendiri ni. Hehhe. So cerita akak ni nak tunjuk rezeki yang Allah bagi dekat akak tu ada sedikit rezeki si mamat ni. Allah tuu sangat pemurah kan. Itu dinamakan dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. 

Okay, cerita aku baru nak start sebenarnya. Yang tadi tuu mukadimah je. Hehhe. *senyum sambil buat muka kerang busuk. Alkisahnya bermula apabila budak budak rumah aku nak pergi makan besar. Mengidam steamboat katanya. Pada mulanya nak pergi menyimboat dekat kedai lain. Tapi kedai tuu tutup so kiteorang guna plan B untuk pergi kedai lain. Pastu bila da sampai destinasi, 2 orang dari budak rumah sewa aku ni deorang jumpa laa seorang budak dekat2 kedai steamboat yang kiteorang nak makan ni. Then deorang ajak laa budak ni makan skali dengan kiteorang. Kiteorang tak kisah pun budak kan biasa laa, nak jugak merasa makan apa yang kita makan. Interview punya interview budak tadi tu, namanya Angah. Kami semua peliklaa, kenapa biar budak budak duduk kat luar tengah tengah malam macam ni. Umur Angah tuu 7 tahun means baru darjah 1 laa kan. Angah tadala banyak cakap sangat. Cakap bila kiteorang tanya je. So tapalaa, kiteorang pun mula laa meng-steamboatkan apa yang nak steamboatkan. Hehhe. Selesai makan, Angah pun da balik masa tuu. Kiteorang pun nak berangkat balik. Pastu akak kedai steamboat tu borak kejap ngan kiteorang tanya dari mana UMT ke UnisZa. Nampak sangat kan muka student. Hahaha. Perasan lettew. Okay pastu akak tu cerita sebenarnya Angah tu duduk area area sini je. Memang slalu datang dekat dekat kedai akak ni. Akak tuu pun cakap yang mak si Angah ni peminta sedekah dekat area area ni. Bila akak tuu cerita macam tuu, kiteorang macam tertanya tanya macam mana laa kehidupan si Angah ni ye. Hmp. Persoalan itu masih tidak terjawab. Tapi konsep yang nak diceritakan ni samalah dengan cerita akak yang kat atas tadi tuu. Bila fikir fikir balik, mungkin rezeki si Angah dapat makan sama sama dengan kiteorang. So masa nak balik tuu si Angah ni pun melambai lambai laa ke arah kiteorang dengan nama yang gembira. Seronok kowt dapat makan steamboat. Hee. So moral of the story is everything happens with a reason. Thats all. 

xoxo :)

Monday, March 2, 2015

March already .

Assalamualaikum . *jawab tau , kalau tak jawab berdosa . Hee :)

Hai readers ! *buat muka kerang busuk

Mesti korang cakap kan , apa kena laa ngan kau ni Nina , tengah tengah malam buta baru nak update blog . Apa kes ? Haha . Like I said to him , malam masih muda laa . Always . Thats why sempat lagi nak update blog ni . haha . Nak buat macam mana , mood nak post entry baru datang , so I layankan jelaa . Hee . 

So title kali ni , March already . Sah sah laa bulan March kan . Takkan laa December plak . Aku rasa baru je masuk Happy New Year , tapi apasal sekarang da March haa ? Why why why ? Aku tak sempat nak buat azam 2015 pun . Serious talk ! Orang lain bukan main lagi da hsusun deorang punya azam baru 2015 . Aku apa ada . Habuk pun tarak . Haha .Anyway , banyak benda yang nak capai 2015 ni . Dari yang kecik sampai la yang ke besar . Tapi tulaa kita hamba yang hanya mampu merancang , Allah yang menentukan either kita dapat capai apa yang kita nak tu ke tak . 

Bila cakap pasal bulan ni , arwah mak da tada almost 5 months da . Kejapnya masa berlalu . Tulaa , asyik pejam celik pejam celik je kau Nina , tak perasan usia makin meningkat . Alaa , baru 23 y/o . Tu pun belum capai 23 lagi . Hee . Apa laa yang aku melalut ni . Rasanya cukup la kowt untuk malam ni . Nanti nanti plak update . Aku ni bajet macam ada orang je nak baca blog aku . Haaisyy . suka hati gua laa , blog gua kan . Hee . Kla , have a good night peeps . 

xoxo :)

Monday, January 26, 2015

To buah hati

Assalamualaikum . 

Sekian lama tak log in blog ney , at last aku log in jugak gara-gara sorang mamat ney . Haha . Thanks to awak . Puas da awak tengok blog saya ? Kemain lagi stalk blog saya ye . Hehee . Entry kali ney special untuk awak tau . Sangat special ! Saya tatahu laa awak baca ke tak ap yang saya tulis ney . Mintak-mintak awak baca laa . Hee . Idk how you know I have a blog , and now you already found it . Ta kisah laa asalkan awak bahagia . Bahagia tak ? Bahagia tak ? Hee . Maybe awak nak tahu cerita hidup saya . Whoa ! Femes jugak saya ney ye . Kelas kau jah ! Haha . Kla , itu je story mory untuk kali ney . Kbyee ! xoxo :)

Saturday, February 15, 2014

Part 2 : Penang Hill

Assalamualaikum . Hai kawan kawan . *sambil buat muka kerang busuk* 


Penang Hill atau lebih dikenali sebagai Bukit Bendera . Yeah ! Aku da sampai at sini . Lama dah nak jejak kaki at sini sampai jua akhirnya . Hampa hampa yang tak mai lagi Bukit Bendera ni pakat mai laa ramai ramai nowh . Best ! Hampa boleh tengok Penang dari top view . Subhanallah , cantik sangat weyh . Tatau nak habaq lagu mana . Keluaq dah semua longhat aku . Haha . Kalau nak naik Bukit Bendera ni dia ada train untuk naik atas . Sumpah best sebab korang boleh experience camna nak naik bukit bila dalam train . Bukit dia memang curam laa . Tapi jangan risau setiap benda at sini da ada safety . For your information murah je nak naik train ni , untuk remaja yang muda macam aku ni RM8 per person tapi kalau korang ada card student half price depa bagi . For children aku tak sempat plak nak tengok berapa ringgit yang pasti lagi murah laa . Hihi . Then for orang kurang upaya (OKU) free of charge . Kalau rasa rasa nak naik free tu korang buat buat laa sawan babun at situ . Haha . Okay okay just kidding.  Dekat atas Bukit Bendera ni atas laa tempat tempat korang boleh masuk macam museum camtu laa . Aku pun ta sempat masuk museum ni . Then korang dapat rasa fresh air at atas ni . Best weyh ! Sebab aku memang suka tempat tempat yang macam ni . So no wonder laa setiap kali aku ber-story dalam ni aku akan cakap best . Hahaha . 


Top view from Penang Hill . 


Me just smile :)

 

 

Cantik cantik kan bunga dekat Penang Hill ni . Aku memang flower lover . So for future husband , you must know it . Hahaha :D



Rasanya cukup laa story mory aku pasal Penang . So hampa hampa yang tak pernah mai Penang lagi pakat mai la nowh . Kalau ikutkan hati aku ni semua tempat aku nak pergi asalkan dapat berjalan . Hoho . Demand ko ina ! For next entry aku akan cerita pasal family trip . Okay guys waiting for it ! Chaw chin chaw . xoxo :)


Friday, February 14, 2014

Part 1 : Art Street

Assalamualaikum readers . Fuh fuh ! *sambil tiup habuk habuk yang ada at blog ni* 

Perjalanan ku bermula dengan dua orang my super duperb heroes pick up me at home . Sadly, my girlfriend not join us because some problems . Maybe tada rezeki kowt nak hangout . So kiteorang bertiga we heading to Penang . Untuk information korang , sebelum balik cuti midsem lagi aku da plan nak pergi berjalan jalan at Penang . Nampak tak bertapa eksaitednya anak Datuk Kamaruddin ni nak berjalan sana sinun . Haha . Well , nak buat camna aku admit aku memang kuat berjalan . Ajak laa pergi berjalan memana aku mesti on . Thats my weakness . Huhu . Okay , first place kiteorang pergi Art Street . Mesti korang da tahu kan tempat ni, yang banyak lukisan at dinding dinding tu . 





 " Hoi mamat hoi , jangan tinggai kami laa mat ! "


Peace yaw !

Love this picture . Thanks to photographer walaupun tak bertauliah. Haha 

Wachaa . Wachaaa !

 Time ni aku dan dan buat cover sebab ada orang snap gambar kan . Huahua . 


Thanks to my heroes . Live . Laugh . Love . :)

*For Part 2 coming soon ! xoxo :)